Followers

Tuesday, April 24, 2012

Nadhif beriadah

Cuba teka di mana???
Org Putrajaya mesti dah kenal sgt tempat nih...hehe



Sampai ja cuaca masih panas lagi walaupun dah pukul 5 ptg...tapi dah penuh pun budak2 mandi manda.
Nadhif  sungguh excited walaupun tak tahu berenang...yg dia tahu nk main air.....dah tak sabar...


Suka nadhif bila dapat masuk dalam air....jom berenang tapi abah kena pegang la....kamu masih kecik ok!


First time bawa nadhif dtg sini kaki dia belum sampai lagi...kali nih dtg dah sampai...berenang sambil berjalan arrr nadhif dalam pool tuh.




Fokus nadhif...fokus...penat abah ajar berenang.


bila dah puas dgn rela hati nadhif keluar dari pool.


Nadhif dah penat...nak balik :)


Wednesday, April 18, 2012

Nadhif ke Taska Ummu Yasir

Hi,
Lama betul tak update blog...tup tup dah bulan April.
Sebulan jugak la sibuk dgn nadhif tak sihat....dari demam campak kemudian cirit birit kemudian batuk selsema muntah kemudian naik bintik2 merah dekat kaki tangan kemudian naik rashes celah paha....mcm2 penyakit..tapi skrg Alhamdullillah dah sihat kembali.
Start bulan April nadhif dah tak duduk dgn babysitter....hantar nadhif ke taska pulak...Taska Ummu Yasir dekat area rumah desa pinggiran putra...tiap2 pagi masih lagi drama sedih...nadhif waaaaa....peluk2 mama tak nak lepas...bila tgk mmg tak sampai hati...tapi nak buat camna nk cari rezeki kena kuatkan semangat gak...pagi semalam hantar nadhif tak menangis dah...tapi masih ada bunyi2 tak nak.



~aksi2 nadhif masa nk ambil gambar untuk taska~

Thursday, March 15, 2012

Nadhif kena demam campak / chicken pox

Assalamualaikum wbt.
Nadhif dah seminggu kena demam campak...nih wajah terbaru..nampak comotkan dengan rambut tak bersikat, tak berbaju.


Kesian anak mama nih....mula2 demam je sehari dua lepas tu baru nampak bintik2 merah dah naik dekat badan, tangan , kaki...bila bagi nadhif minum air kelapa, mm apalagi banyak la keluar bintik2 kecik, besar, gelembong2 air pun ada.


Paling ketara banyak dekat bahagian bawah pinggang sampai la ke tapak kaki...dekat area muka tak banyak, masih maintain pipi gebu :)


Seminggu 2 nih import tok & tokwan jaga cucu...nadhif kena kuarantin dekat rumah takut berjangkit dekat orang lain pulak.
Setakat hari nih tgk bintik2 semua dah kering...cuma kena monitor tangan nadhif yg sibuk nk menggaru....
Antara petua untuk demam campak / chicken pox yg dipraktikkan untuk nadhif :-
  1. Ikat daun semambu, sapukan pada badan bagi menghilangkan miang. Letakkan juga dekat tempat tidur.
  2. Blender daun semambu, daun belimbing dengan daun melur...kemudian ambil airnya bagi mandi.Praktikkan sampai baik campak.
  3. Jangan bagi terkena air hujan, boleh meninggalkan parut campak.
  4. Mandi jangan bersabun.
Get well soon Nadhif!!

Monday, February 13, 2012

Happy Birthday to Abah Nadhif

Happy Birthday Dear Sweet Heart
----------------
Semoga Mohammad Firdaus Bin Mat Din 
diberikan kesihatan yang baik, murah rezeki, berjaya dalam kerjaya, menjadi abah yang terbaik buat Nadhif, best-est husband buat mama.

~dimana ada abah di situ tergantungnya Nadhif,hehe~


P/S :- Sayang, sorry tau hari ni tak sempat nk prepare utk celebrate....kita tunda ke hari lain ek...doakan bebe murah rezeki, boleh belikan hadiah special..hehe:)

Wednesday, February 8, 2012

15 mths++

Assalamualaikum,
Entry pertama untuk tahun 2012...dah masuk bulan Februari baru terkedek2 nk update...serius mama nadhif busy gila :)
Hari ni bawa nadhif gi check up 15 mths...sepatutnya 27 Januari hari tu..tapi time tu balik kampung :)
Nadhif sekarang ni mmg debab sgt..sejak2 umur mencecah setahun mmg pertambahan berat badannya tersangat memberangsangkan....membuatkan mama dgn abahnya tak larat nk dukung...tadi nurse pun terkejut bila timbang berat.
Ni gambar nadhif terkini...sekali tgk dah macam umur 2 tahun kan??

~ Nadhif now 12.40 kg ~

Semakin debab semakin best nk berpeluk2 cium2...best ooo boleh buat bantal peluk.
Merajuk pun dah pandai sekarang nih, comel sgt bila nadhif merajuk..boleh buat hati cair.
Kalau ke shopping complex jangan sekali2 lalu dekat mainan pusing2 gerak2 nih kalau tak dak duit syiling....boleh buat nadhif meraung, merajuk, melembikkan diri + muka masam.

~ akhirnya dapat juga naik, muka masih masam ~


~ dah boleh tersenyum bila hajat dah tertunai ~