Followers

Friday, May 11, 2012

Nadhif balik kampung

Alkisah nadhif balik kampung...
Kampung nadhif bukan sebelah pulau ye..sebelah tanah besar, butterworth jer..tok dgn tokwan dekat kg gajah, tok aki pulak dekat bgn dalam kiranya kampung kedua2 belah hanya 10minit...jadi tak der la adegan berebut nak balik kampung.

Selalunya sebulan sekali mesti balik kampung...bila dah balik ada jer agenda mmg tak sempatla nk berjalan2 ke sebelah pulau walaupun rumah tok aki boleh jalan kaki je nak naik feri...
Memandangkan nadhif skrg nih suka sgt tengok kontena, lori, bas, kereta dan segala jenis kenderaan....mama, abah, tok, tokwan + nadrah bawa nadhif ke sebelah pulau..seronok sgt nadhif dapat naik feri...tengok laut..tengok kapal...almaklumlah sejak dah besar sikit nih belum lagi ke pulau mutiara.

~ wow bestnya nadhif dapat tgk laut~

Dulu2 zaman sekolah, zaman kerja dekat konsultant memang dah sampai boring sgt bila tiap2 hari kena ulang alik naik feri....byk kenangan dengan feri lah katakan...bebe dgn firdaus pernah sama2 buat praktikal dengan Penang Port Sdn Bhd (PPSB)..mmm dah explore habis bahagian feri nih...dari enjin sampai ke bumbung....tu la tak kisah sgt nk bawa nadhif naik feri...sebab dah jemu...hehe:)

~bestnya dapat naik feri~

~ dekat tingkat atas feri~

Bila ke sebelah pulau jangan lepaskan peluang makan dekat sini yer Restoran Kapitan..mmg superb nasi beriani kat sini...minuman jangan lupa order manggo lassi dgn badam milk...sedap.

~beriani ayam~

~nadhif sedang menikmati kesedapan manggo lassi~

~manjanya siap pegang tangan tokwan~

Lepas dah kenyang, singgah jap dekat padang kota lama....ambil angin laut.

~nadhif dah start nk berlari, oooppss tunggu jap yer mama nk bergambar dgn kamu!~

~jomm berlari ~

Nadhif mmg tak nak duduk diam langsung..nk bergambar pun susah...sibuk nk tgk laut, nk berlari sana sini...
Sebelum bergambar nih ada tragedi yg membuatkan bebe cuak seketika...
Time nih nadhif dibiarkan berjalan sendiri tetiba ada seorg pakcik India yg duduk melepak atas tembok terus angkat nadhif letak atas tembok...lepas tembok tu terus laut ok...nasibla mak bebe cepat2 ambil balik nadhif...mana la nak tau...buat dia kurang siuman ke, tgh mabuk ke mau dicampaknya nadhif terus ke laut....ish tak boleh bayangkan.

~nadrah,bebe, nadhif, tokwan, tok~

~ ber 3~

Berjalan sudah, berlari sudah, melepak sudah......masam jer muka si kecik yang tak nak balik lagi....mmm, cepat2 la balik mama dah kurus semangat pasal tadi.

~tgh tgk apa la tu~

Tuesday, April 24, 2012

Nadhif beriadah

Cuba teka di mana???
Org Putrajaya mesti dah kenal sgt tempat nih...hehe



Sampai ja cuaca masih panas lagi walaupun dah pukul 5 ptg...tapi dah penuh pun budak2 mandi manda.
Nadhif  sungguh excited walaupun tak tahu berenang...yg dia tahu nk main air.....dah tak sabar...


Suka nadhif bila dapat masuk dalam air....jom berenang tapi abah kena pegang la....kamu masih kecik ok!


First time bawa nadhif dtg sini kaki dia belum sampai lagi...kali nih dtg dah sampai...berenang sambil berjalan arrr nadhif dalam pool tuh.




Fokus nadhif...fokus...penat abah ajar berenang.


bila dah puas dgn rela hati nadhif keluar dari pool.


Nadhif dah penat...nak balik :)


Wednesday, April 18, 2012

Nadhif ke Taska Ummu Yasir

Hi,
Lama betul tak update blog...tup tup dah bulan April.
Sebulan jugak la sibuk dgn nadhif tak sihat....dari demam campak kemudian cirit birit kemudian batuk selsema muntah kemudian naik bintik2 merah dekat kaki tangan kemudian naik rashes celah paha....mcm2 penyakit..tapi skrg Alhamdullillah dah sihat kembali.
Start bulan April nadhif dah tak duduk dgn babysitter....hantar nadhif ke taska pulak...Taska Ummu Yasir dekat area rumah desa pinggiran putra...tiap2 pagi masih lagi drama sedih...nadhif waaaaa....peluk2 mama tak nak lepas...bila tgk mmg tak sampai hati...tapi nak buat camna nk cari rezeki kena kuatkan semangat gak...pagi semalam hantar nadhif tak menangis dah...tapi masih ada bunyi2 tak nak.



~aksi2 nadhif masa nk ambil gambar untuk taska~

Thursday, March 15, 2012

Nadhif kena demam campak / chicken pox

Assalamualaikum wbt.
Nadhif dah seminggu kena demam campak...nih wajah terbaru..nampak comotkan dengan rambut tak bersikat, tak berbaju.


Kesian anak mama nih....mula2 demam je sehari dua lepas tu baru nampak bintik2 merah dah naik dekat badan, tangan , kaki...bila bagi nadhif minum air kelapa, mm apalagi banyak la keluar bintik2 kecik, besar, gelembong2 air pun ada.


Paling ketara banyak dekat bahagian bawah pinggang sampai la ke tapak kaki...dekat area muka tak banyak, masih maintain pipi gebu :)


Seminggu 2 nih import tok & tokwan jaga cucu...nadhif kena kuarantin dekat rumah takut berjangkit dekat orang lain pulak.
Setakat hari nih tgk bintik2 semua dah kering...cuma kena monitor tangan nadhif yg sibuk nk menggaru....
Antara petua untuk demam campak / chicken pox yg dipraktikkan untuk nadhif :-
  1. Ikat daun semambu, sapukan pada badan bagi menghilangkan miang. Letakkan juga dekat tempat tidur.
  2. Blender daun semambu, daun belimbing dengan daun melur...kemudian ambil airnya bagi mandi.Praktikkan sampai baik campak.
  3. Jangan bagi terkena air hujan, boleh meninggalkan parut campak.
  4. Mandi jangan bersabun.
Get well soon Nadhif!!

Monday, February 13, 2012

Happy Birthday to Abah Nadhif

Happy Birthday Dear Sweet Heart
----------------
Semoga Mohammad Firdaus Bin Mat Din 
diberikan kesihatan yang baik, murah rezeki, berjaya dalam kerjaya, menjadi abah yang terbaik buat Nadhif, best-est husband buat mama.

~dimana ada abah di situ tergantungnya Nadhif,hehe~


P/S :- Sayang, sorry tau hari ni tak sempat nk prepare utk celebrate....kita tunda ke hari lain ek...doakan bebe murah rezeki, boleh belikan hadiah special..hehe:)