Followers

Friday, April 17, 2015

Wajib bersegera qada solar

SOLAT fardu yang tertinggal wajib diqada. Ulama membahagikan qada solat kepada dua jenis. 
Yang pertama qada solat bagi mereka yang tertinggal solat dengan keuzuran.
Yang kedua qada solat bagi mereka yang tertinggal tanpa keuzuran.

Para ulama fikah dalam mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah, al-Hanafiyyah dan al-Hanabilah sepakat mewajibkan bersegera dalam mengqada solat wajib yang tertinggal tanpa keuzuran. Ini kerana meninggalkan solat tanpa keuzuran syarak adalah berdosa. Maka bertaubat daripada dosa dituntut segera.

Dosa yang bertangguh tanpa bertaubat akan mengundang kemurkaan Allah s.w.t. Selagi tidak qada selagi itulah dosanya dikira. Syarat taubat daripada dosa ini ialah mengqadakan solat yang tertinggal.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan satu peristiwa yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ketika pulang menunggang unta dari peperangan khaibar telah merasakan mengantuk sangat, sehingga baginda bersabda: “Wahai Bilal kita telah ditimpa malam”, maka bilal menunaikan solat beberapa rakaat yang terdaya oleh beliau, manakala Rasulullah s.a.w dan para sahabat terus tidur.

Apabila hampir fajar Bilal menyandarkan badan pada tunggangannya sehingga Bilal tewas dalam mengantuk. Tiada seorang pun dari kalangan sahabat yang terjaga sehinggalah mereka terasa kepanasan matahari. Rasulullah s.a.w adalah yang terawal bangun lalu baginda terkejut. Lantaran Bilal berkata: “Demi ayahku dan ibuku apa yang berlaku pada diriku jualah yang menimpa dirimu wahai Rasulullah”. Kemudian kesemua sahabat bersiap untuk solat. Rasulullah s.a.w berwuduk dan menyuruh Bilal iqamat lalu baginda menunaikan solat fajar dengan mengimami para sahabat.

Apabila selesai menunaikan solat baginda bersabda“Barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat. Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.” (Tahaa:14 ), (riwayat Ibn Majah, jld:1, hlm: 227)

Persoalannya bolehkah qada solat subuh? Sedangkan selepas subuh adalah waktu haram mendirikan solat. Mungkin ini menjadi asas kepada pandangan segelintir masyarakat yang menyangka tidak boleh melakukan sebarang solat selepas waktu subuh walaupun qada solat.
Dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w daripada ‘Uqbah bin ‘Amir memberitahu yang bermaksudBaginda Rasulullah telah menegah kami dari menunaikan solat dan mengkebumikan jenazah pada tiga waktu berikut: ketika terbit matahari sehingga naik tinggi, ketika matahari berada pada ufuk dan ketika terbenamnya matahari. (riwayat Muslim, jld:1, hlm:568, Abu Daud, jld:2, hlm:185,).

Namun, solat yang diharamkan selepas solat fajar ialah solat sunat, adapun solat fardu tidak ditegah dari melakukannya, ini kerana selagi mana matahari tidak terbit selagi itu waktu itu waktu solat subuh. (Nuh ‘Ali Salman, Qadha al-Ibadat, hlm: 260-261).
Para Fuqaha dari kalangan mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah dan al-Hanabilah mengharuskan qada solat pada waktu-waktu yang ditegah dalam hadis di atas dan waktu-waktu lain.
Dr. Wahbah al-Zuhailiy menukilkan pandangan para fuqaha dengan menyimpulkan dengan pandangan: “Harus mengqada solat fardu yang tertinggal pada bila-bila masa, sama ada waktu itu ditegah daripada melakukan ibadat ataupun pada waktu biasa, maksudnya qada solat boleh dilakukan bila-bila sahaja.” (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, al-Fiqh al-Islamiy, jld:2, hlm: 144).

Justeru, dengan nas-nas daripada al-Quran serta hadis dan pandangan ulama yang muktabar jelas kepada kita bahawa qada ini boleh dilakukan pada bila-bila sahaja walaupun selepas subuh dan selepas asar.

Ini kerana wajib itu kekal wajib. Wajib dalam waktunya apabila tidak ditunaikan pada waktunya wajib itu tidak berubah tuntutannya ia tetap kekal wajib. Malahan orang yang tertinggal solat dengan alasan tertidur, terlupa wajib bersegera mengqadanya. Selagi mana tidak diqada selagi itulah hutang solatnya tertanggung atas bahunya.

Solat tidak boleh selesai dengan taubat sahaja. Taubat atas perbuatan alpa atau buat-buat alpa dan terlupa. Taubat dalam erti kata menyesal atas sikap acuh tak acuh, dan berjanji dengan Allah dan diri bahawa tidak akan mengulangi tabiat suka leka dan tidak bersungguh-sungguh dalam memelihara solat.

 (Sumber dari email KPM)

Wednesday, April 15, 2015

Pullman Hotel, Kuching Sarawak

Last month ada outstation dekat Kuching...stay dekat Pullman Hotel....first time bermalam kat Sarawak..sebelum nih datang balik hari jer.
Sebelum datang, dah try google hotel-hotel area town Kuching nih...mestilah kena cari rate yang layakkan..bila dah call Pullman nih terus booking sebab government rate dia amatlah berbaloi cuma rm189 sahaja...tengok building dia pun boleh tahan nampak baru...5 star rating kalau tak silap info.

~check in time~

Pullman Hotel nih betul-betul tengah town...dekat sangat dengan tempat makan seafood yang terlajak laris tuuu....Hot Spot....Bebe dapat bilik level 16....best dapat tengok pemandangan sekitar.

~ view dari bilik 1604~

~sebelah bangunan bumbung biru tuh la food court Top Spot yang famous tuh~

Macam biasa ler sebelum rasmikan bilik mestilah kena ambil gambar dulu...nih boleh ler relaks2, kalau bawa Nadhif Nufa mesti tak sempat ambil gambar diorang dah lompat dulu atas katil.





Sunyi jer masuk bilik hotel nih....takut pun ada....besar sangat...kalau bawa family best ler....nasib ler tak duduk lama pun dalam bilik nih...check in pun dah 7 pm....mandi sembahyang dah keluar makan...balik kul 9pm...tgk tv jap lepas tuh tidur.....keesokkan hari lepas breakfast dalam 9 am dah check out....tak sempat pun nk berendam dalam bath tub :)

~bath tub pun ada~

 ~tempat termenung sangat selesa termasuk shower room yang luas~

~toiletries~

Harga untuk breakfast pun dah termasuk sekali yer...tapi untuk one person je...kalau nk breakfast untuk dua orang kena tambah lagi RM20 kalau tak silap....makanan pun banyak pilihan....mm, gambar dekat cafe tak ambil pun sebab tak bawa iphong...lapar sangat kannn....hehe.

 ~area lobi yang sangat luas~

Lepas breakfast sebelum next agenda, sempat la ronda-ronda dalam Pullman..nih area pool level berapa entah...dah tak ingat...time nih awal pagi, so ada sorang je mat saleh tengah berendam.....fuhhh best pool dia sangatlah besar...kalau bawa budak2 best ler boleh berendam sama.

~swimming pool~

Security kat sini kira canggih gak ler, nak naik lift kena guna kad akses yang kita dapat lepas check-in...kad nih sama dengan akses bilik....so orang luar memang tak boleh ler nak masuk sesuka hati....tapi kad nih problem...asyik tak boleh detect....gila stress dah masuk lif, pintu pulak tak leh tutup...selagi kad tu tak boleh detect...kena keluar pulak gi kaunter...minta bantuan...lol.....nasib Bebe punya kad ok....yg bos Bebe punya jer bermasalah sampai nak masuk bilik pun tak boleh...dalam lif tuh terserempak dengan sorang Mat Saleh...dia pun bebel2 dah berapa kali naik turun sebab kad akses dia problem...mmmm....Pullman please take action...staff kat situ pun dah tahu memang selalu kad akses dia problem...alahai...yang lain service tip top.



Kalau sesiapa tengah pening nak stay mana kat Kuching nih...mmm, boleh stay kat sini...sangat selesa...harga pun ok tak mahal....klah, nanti update citer ronda-ronda sekitar bandar Kuching pulak.

 

Tuesday, March 24, 2015

Cheesekut

Dah lama tak share resipi....sejak anak 2 nih dapur pun dah jarang berasap....sebab ada jer yang nak ikut sama masuk dapur...kena tunggu hari cuti atau Nufa tidur baru boleh nak cuba resepi baru....kalau hari bekerja memang masak yang simple-simple jer...masak lebih sikit untuk cover sehari dua tak payah masak, cuma panaskan lauk yang ada :)

Cheesekut nih dah buat untuk kali kedua...boleh buat kudapan pagi tengahari petang....anak-anak pun suka....sebab rasanya lemak-lemak manis.

Bahan-bahan :

 500g cream cheese tartura
susu dutch lady sekotak
susu pekat 1/2 tin atau 1/3 tin ( ikut selera nak manis ke kurang manis)
biskut hup seng deluxe cracker
biskut oreo / serbuk nestum (hancurkan untuk ditabur pada setiap lapisan) - bebe tak letak pun:)

~bahan-bahan untuk cheesekut, abaikan ikan bilis kat belakang tu~

Cara-cara membuatnya :

1. Cheese dengan susu pekat diblend sekali kemudian masukkan susu dutch lady kotak kacau sekali
    agak-agak jangan pekat sangat atau cair sangat.

2. Kemudian celupkan biskut hup seng dengan susu dutch lady kotak, jangan lama sangat sekejap je.


~celupkan biskut~

3. Sapukan cheese yang telah diblend ke dalam bekas dan susun biskut yang telah dicelup dengan
    susu dutch lady kotak tadi.


4. Selang-selang biskut dengan cheese yang diblend tadi.


5. Ulang sehingga cheese yang diblend habis....bagi yang suka berlemak boleh letakkan cheese tu
    banyak pada setiap layer...ikut citarasa masing-masing.


6. Siap ...masukkan dalam fridge dalam sejam dah boleh makan :)

~Nadhif suka sangat dengan cheesekut nih~

 

Monday, March 16, 2015

Kelebihan Solat Berjemaah Di Masjid/ Surau

Sabda Rasullullah s.a.w :
"Solat secara berjemaah adalah dua puluh tujuh kali lebih baik dari solat secara bersendirian"
(Bukhari, Muslim, Turmizi dll)

Huraian hadith :

Orang Islam yang bijak tentulah akan berusaha untuk sembahyang berjemaah di masjid atau pun surau kerana sangat besar ganjaran dan kasih sayang Allah dalam hal ini. Orang yang sembahyang berseorangan di rumah hanya mendapat satu bahagian pahala sedangkan mereka yang pergi berjemaah mendapat 27 kali lebih banyak bahagian pahala tersebut.

Untuk memudahkan pemahaman, bolehlah kita buat satu contoh :

Pada satu hari, pemerintah telah membuat tawaran kepada sesiapa yang pergi solat berjemaah ke masjid atau surau akan dibayar RM27 untuk satu waktu dan sesiapa yang sembahyang di rumah pula hanya dibayar RM1 sahaja untuk satu waktu. Manakah yang akan kita pilih?

Bayangkan, seandainya kita solat berjemaah lima waktu sehari semalam maka kita akan memperolehi gaji sebanyak RM135 untuk sehari sedangkan mereka yang sembahyang di rumah pula hanya mendapat gaji RM5 sahaja untuk sehari. Mana yang akan kita pilih? Sembahyang di rumah ataupun pergi berjemaah?

Kalaulah betul sebegini, sudah tentu ibu bapa akan memaksa dan memukul anak-anak mereka agar pergi solat berjemaah. Malangnya manusia lebih nampak besarnya duit berbanding pahala. Sebab itulah ibu bapa sekarang tidak berasa rugi sedikit pun kalau anak-anak mereka tidak pergi solat berjemaah. Tapi kalau dibayar RM135 sehari, jangankan orang lelaki, orang perempuan pun akan berlumba-lumba ke masjid dan surau.

Sudah semestinya kita sebagai orang-orang yang tahu akan hal ini, membuat pilihan yang bijak iaitu mencari gaji RM135 sehari berbanding orang kurang bijal yang mencari hanya RM5 sahaja untuk sehari.

Sabda Rasullullah s.a.w :
"Apabila seseorang itu telah berwuduk dengan sempurna dan menuju ke masjid dengan niat semata-mata hendak solat, maka setiap langkahnya mendapat pahala dan menghapuskan satu dosa."
(Bukhari)

Alangkah besarnya kasih sayang dan ganjaran yang Tuhan sediakan untuk hamba-hambaNya yang pergi solat berjemaah! Setiap satu langkah kita ke masjid/ surau akan mendapat satu pahal dan menghapuskan satu dosa. Allah Maha Berkuasa untuk mengira langkah kita walaupun kita pergi dengan menaiki kenderaan. Kalau kita berjalan 200 langkah, maka dapatlah 200 pahala dan terhapus pula 200 dosa.

Namun begitu, untuk mendapatkan semua ganjaran ini, maka hendaklah kita mengambil wuduk siap-siap di rumah. Kalau kita mati di pertengahan perjalanan pun, kita mati dalam keadaan berwuduk.

Dalam sebuah hadith yang terkenal, Rasullullah s.a.w bersabda :

"Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya (iaitu pada Hari Akhirat). Salah satunya ialah seorang lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid."
(Bukhari & Muslim)

Kalau kit arajin ke masjid/ surau, sudah tentu kita akan termasuk ke dalam golongan mereka yang akan mendapat naungan Allah.

Akhirnya, dalam sebuah hadith lain, pesan baginda s.a.w lagi :
"Barangsiapa berjalan ke masjid pada waktu pagi dan petang, maka Allah akan menyediakan baginya di dalam syurga satu rumah jamuan setiap kali dia pergi ke masjid ."
(Bukhari, Muslim, Ahmad dll)

 (Sumber dari email KPM)

Wednesday, March 11, 2015

Sky Park @ One City

Sebelum nih asyik tengok orang update dekat insta, facebook & blog pasal One City dekat USJ nih....ada lantai kaca yang boleh nampak sampai ke bawah....so, bila dah kebetulan lalu ajak ler Firdaus singgah jap.

Dari jauh dah nampak orang tengah santai-santai dekat atas roof top building...parking pun senang..tak payah bayar, free....maybe sebab baru lagi...building ni ada 2 blok yang berdekatan...ada juga hotel kat sini...nama per entah...x perasaan pulak :)

Rasanya daya tarikan shopping complex nih cuma roof top tuh jer kot....dengan ada ler sikit space untuk bergambar  sambil tengok pemandangan luar dari atas....kalau nak shopping rasanya tak best sangat kedai-kedai kat situ....kedai makan pun tak banyak choice...lif dia best....berkaca, laju lepas tuh banyak...tak payah nak berebut-rebut.

~Cik Nufa yang tak tahu takut langsung...tak gayat pun..relaks jer~

Bebe puas tunjuk kat Nufa suruh tengok kebawah...bila dia tengok macam tak der perasaan gayat langsung...lorrr....Nadhif pulak yang teragak-agak nak pijak...haha...Nadhif memang berhati-hati sikit jika nak dibandingkan dengan Nufa yang lebih lasak, ganas dan main redah jer.

~lebih tertarik nak tengok langit lorr~

Ramai la couple, family, budak2 sibuk bergambar atas lantai nih....nice view...kalau tak der budak boleh la nak lepak...nih dengan 2 askar tak sempatnya nk romantik bagai...berlari-lari, jerit sana sini dengan anak-anak...haha....duduk 15 minit rasa macam sejam penatnya:)

Dah jadi macam benda wajib jer, semua orang mesti nak bergambar kat tebing kaca nih...tepi nih ada cafe boleh lepak-lepak minum sambil tengok pemandangan luar dari atas....kita orang anak beranak pun sibuk la nak bergambar jugak kat sini...haha.

Susah betul nak suruh semua pandang..sorang pandang sana sorang pandang sini...alahai....janji ada gambar sudah ler.