Followers

Wednesday, July 29, 2015

Raya Kedua 1436H

Kali ni raya ke-2 tak gi beraya rumah sesiapa...mak dengan abah pun masih keletihan jadi tak nak kemana-mana....so yang muda tak seberapa nih ambil keputusan kita pusing-pusing Penang....bagi budak-budak enjoys sikit....nama jer balik kampung Penang tapi jarang sangat ke sebelah pulau.

 ~muka masing-masing yang excited ~

Feri belum jalan lagi diorang dah sibuk nak keluar....suka sangat la dapat naik feri...tengok la Nadhif Nufa tuh kemain punya fokus...naik feri jer anak ooiii bukan naik star cruise pun...haha.

~angin kuat sangat sampai terpejam mata~

Konvoi dua keta...Kzam dapat naik feri tingkat atas...Nadhif pun sibuk nak naik atas...abah dia layankan bawa dia naik atas...eee bebe tak suka naik tangga feri nih....dah la curam kecik pulak tuh...kalau pakai kain abis terselak bagai ditiup angin.

~kzam n family-tingkat atas feri~

 Nadhif ikut keta kzam....so mak pak dia bergambar bertiga jer la.


Nufa masuk jer keta mengamuk tak ingat...dia nak duduk atas feri jer tak nak turun...nampak sangat anak saya jakun jarang-jarang naik feri...terlebih excited!

Terus g Padang Kota Lama....ada Optimus Prime dengan Bumble Bee....bawa peminat setia Transformer.

~panas lit lit~

Ooowwhh tak tahan panas sangat...lepas ambil gambar terus kita orang chaw...dalam 15 minit jer kot....nih dalam kul 1 lebih...matahari terpacak atas kepala.

~baby girl saya dah besar rupanya~

~kami~

Bila dah panas perut pun berkeroncong....nak carik kedai makan pun susah...sob sob...semua restoran belum buka lagi....gi Jelutong nak makan dekat Deen Nasi Kandar pun tutup, patah balik gi Hameediyah Nasi Kandar pun tutup, gi Kapitan pun tutup...aduh...akhirnya nampak Danish Beriani House belakang Masjid Kapitan Keling...makan kat situ jer la....harga boleh tahan mahal...taste food biasa-biasa sajer....x boleh masuk dalam senarai pilihan...gambar makan takder sebab lapar sangatkan gopro pun baling tepi.

Lepas makan kita orang ke Batu Feringhi....alamak jem teruk sangat...habis masa dalam kereta je...pusing-pusing jap lepas tu turun balik singgah Pantai Shamrock...ikutkan Firdaus dah malas nk singgah, tapi bila si anak memberontak terpaksa la jugak singgah sekejap...dah warning siap-siap mandi tak boleh sebab dah lewat petang cuma boleh main air jer...ramai gak orang datang lepak pantai nih time raya..berkelah makan ketupat gayanya...haha.

~manfaatkan masa yang ada~

~Nufa Nadhira kegeliaan la pulak bila pijak pasir~

Sekejap jer merengek tak nak pijak tanah lepas tuh hop hop hooray....habis basah baju...dah laju nak masuk dalam air laut pulak...nasib la ada babysitter ramai...mama dia bagi arahan dari jauh jer...jangan-jangan...haha......tq Shazrin, Safirul n Syifa.

Dari Batu Feringhi terus balik rumah...penat mengadap jem...budak-budak sambung main bunga api pulak...Nadhif sebelum nih tak tahu pun main...dah balik kampung, mamu dia sponsor mercun pop 36kotak....pak menakan pulak jual bunga api dengan mercun...haa amik kau main sampai muntah...Nadhif rasanya beli lighter jer 6 kot...taktau la buat apa semua habis hilang...Nufa pun yang tak tahu apa nk gak lighter...geram tul...takper la mama bagi green light raya...dah balik Putrajaya kau orang jangan harap nak boleh pegang lighter ke bunga api hokay!


 

Tuesday, July 28, 2015

Aidilfitri 1436H

Assalamualaikum wbt,

Hari ni dah 12 Syawal...cepat sangat masa berlalu sekarang nih...tak sempat buat apa dah habis puasa...lepas tuh dah raya....tahun nih tak sempat nk upload entri Ramadhan..sob sob...kat ofis nih pun kerja byk tak henti-henti..masa nk berblogging pun dah terhad sangat...dekat rumah lagi ler anak dua macam dah enam orang gayanya.

Ooops sebelum melalut panjang...Bebe nak mengambil kesempatan pada semua yang membaca blog ni "Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin"....Kalau ada terlebih terkurang terkasar terkecil harap halalkan dan maafkan diri ini..kosong kosong yer :)

Tahun nih raya macam kurang sikit meriahnya...bapa mertua pun tak sihat...so,family mertua memang raya ala kadar jer...rumah mak abah bebe jer macam biasa ler meriahnya...dulu-dulu lagi meriah, sekarang nih dah ramai keluarga terdekat yang dah tak der...rumah mak bebe nih macam tempat berhimpun la...raya memang tak pernah buat open house tapi dari pagi sampai ke malam tak putus-putus dengan tetamu...Alhamdullillah, walaupun penat tapi berbaloi bila dapat jumpa sanak saudara yang kadang-kadang jumpa setahun sekali jer....time raya jer la nak jumpa lepas tuh dah sibuk dengan hal masing-masing.

Seperti tahun-tahun sebelum nih, family maksu akan beraya di rumah...tema tahun nih go green...hehe....gara-gara terpengaruh dengan color baju Che Ta.


Susah betul nak ambil gambar..semua tak tahu duduk diam...jadilah berterabur camni...sampai berpeluh-peluh.


Tepi sikit..tepi sikit...aunty uncle yang dah semakin tua nih nak bergambar pulak...hehe....Nadhif Nufa dah melompat kemana time nih...tak payah risau balik kampung ramai babysitter ada.

"bagi saya gopro tuh"

Cik minah yang tak tahu diam seminit pun...suka sangat ikut apa yang Nadhif buat...tak padan dengan kecik...kalau nak salam tengok dulu orang pegang sampul ke tak...kalu tunjuk jer ada sampul, baru sibuk nak salam..siap kiss...hehe


Tak cukup cantik dalam rumah kita bergambar atas buaian pulak...mak pak jer yg lebih-lebih nih...anak tak nak pun...tengok muka Nufa dah la...masam betul...dah la panas kena paksa duduk diam pulak...hehe...sabar jer la..nama pun hari raya...setahun sekali jer nak sedondonkan :)

Sebelah petang raya pertama kita orang gi jap tengok FIL dekat rumah abang ipar...selalu hari raya pertama memang seharian kat kampung gajah...raya kedua baru ke sebelah en suami...tahun nih tukar sikit agenda..kesian tok aki tak sihat kalau tak lepas sembahyang raya dah sampai rumah mak abah bebe untuk beraya sama-sama.

~family sebelah firdaus~

Terima kasih pada semua yang bagi duit raya dekat Nadhif Nufa...semoga murah rezeki kalian...tahun nih collection kurang...sob sob....tak beraya mana pun sebab Firdaus jaga abah dia..bagi peluang kat abang ipar dengan biras pulak keluar beraya.

Gambar nih untuk hari raya pertama jer....next day next entri pulak..harap-harap ada ler masa lebih nak update blog nih...banyak sangat citer dah lapuk baru ada masa nak update.

 

Friday, April 17, 2015

Wajib bersegera qada solar

SOLAT fardu yang tertinggal wajib diqada. Ulama membahagikan qada solat kepada dua jenis. 
Yang pertama qada solat bagi mereka yang tertinggal solat dengan keuzuran.
Yang kedua qada solat bagi mereka yang tertinggal tanpa keuzuran.

Para ulama fikah dalam mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah, al-Hanafiyyah dan al-Hanabilah sepakat mewajibkan bersegera dalam mengqada solat wajib yang tertinggal tanpa keuzuran. Ini kerana meninggalkan solat tanpa keuzuran syarak adalah berdosa. Maka bertaubat daripada dosa dituntut segera.

Dosa yang bertangguh tanpa bertaubat akan mengundang kemurkaan Allah s.w.t. Selagi tidak qada selagi itulah dosanya dikira. Syarat taubat daripada dosa ini ialah mengqadakan solat yang tertinggal.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan satu peristiwa yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ketika pulang menunggang unta dari peperangan khaibar telah merasakan mengantuk sangat, sehingga baginda bersabda: “Wahai Bilal kita telah ditimpa malam”, maka bilal menunaikan solat beberapa rakaat yang terdaya oleh beliau, manakala Rasulullah s.a.w dan para sahabat terus tidur.

Apabila hampir fajar Bilal menyandarkan badan pada tunggangannya sehingga Bilal tewas dalam mengantuk. Tiada seorang pun dari kalangan sahabat yang terjaga sehinggalah mereka terasa kepanasan matahari. Rasulullah s.a.w adalah yang terawal bangun lalu baginda terkejut. Lantaran Bilal berkata: “Demi ayahku dan ibuku apa yang berlaku pada diriku jualah yang menimpa dirimu wahai Rasulullah”. Kemudian kesemua sahabat bersiap untuk solat. Rasulullah s.a.w berwuduk dan menyuruh Bilal iqamat lalu baginda menunaikan solat fajar dengan mengimami para sahabat.

Apabila selesai menunaikan solat baginda bersabda“Barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat. Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.” (Tahaa:14 ), (riwayat Ibn Majah, jld:1, hlm: 227)

Persoalannya bolehkah qada solat subuh? Sedangkan selepas subuh adalah waktu haram mendirikan solat. Mungkin ini menjadi asas kepada pandangan segelintir masyarakat yang menyangka tidak boleh melakukan sebarang solat selepas waktu subuh walaupun qada solat.
Dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w daripada ‘Uqbah bin ‘Amir memberitahu yang bermaksudBaginda Rasulullah telah menegah kami dari menunaikan solat dan mengkebumikan jenazah pada tiga waktu berikut: ketika terbit matahari sehingga naik tinggi, ketika matahari berada pada ufuk dan ketika terbenamnya matahari. (riwayat Muslim, jld:1, hlm:568, Abu Daud, jld:2, hlm:185,).

Namun, solat yang diharamkan selepas solat fajar ialah solat sunat, adapun solat fardu tidak ditegah dari melakukannya, ini kerana selagi mana matahari tidak terbit selagi itu waktu itu waktu solat subuh. (Nuh ‘Ali Salman, Qadha al-Ibadat, hlm: 260-261).
Para Fuqaha dari kalangan mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah dan al-Hanabilah mengharuskan qada solat pada waktu-waktu yang ditegah dalam hadis di atas dan waktu-waktu lain.
Dr. Wahbah al-Zuhailiy menukilkan pandangan para fuqaha dengan menyimpulkan dengan pandangan: “Harus mengqada solat fardu yang tertinggal pada bila-bila masa, sama ada waktu itu ditegah daripada melakukan ibadat ataupun pada waktu biasa, maksudnya qada solat boleh dilakukan bila-bila sahaja.” (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, al-Fiqh al-Islamiy, jld:2, hlm: 144).

Justeru, dengan nas-nas daripada al-Quran serta hadis dan pandangan ulama yang muktabar jelas kepada kita bahawa qada ini boleh dilakukan pada bila-bila sahaja walaupun selepas subuh dan selepas asar.

Ini kerana wajib itu kekal wajib. Wajib dalam waktunya apabila tidak ditunaikan pada waktunya wajib itu tidak berubah tuntutannya ia tetap kekal wajib. Malahan orang yang tertinggal solat dengan alasan tertidur, terlupa wajib bersegera mengqadanya. Selagi mana tidak diqada selagi itulah hutang solatnya tertanggung atas bahunya.

Solat tidak boleh selesai dengan taubat sahaja. Taubat atas perbuatan alpa atau buat-buat alpa dan terlupa. Taubat dalam erti kata menyesal atas sikap acuh tak acuh, dan berjanji dengan Allah dan diri bahawa tidak akan mengulangi tabiat suka leka dan tidak bersungguh-sungguh dalam memelihara solat.

 (Sumber dari email KPM)

Wednesday, April 15, 2015

Pullman Hotel, Kuching Sarawak

Last month ada outstation dekat Kuching...stay dekat Pullman Hotel....first time bermalam kat Sarawak..sebelum nih datang balik hari jer.
Sebelum datang, dah try google hotel-hotel area town Kuching nih...mestilah kena cari rate yang layakkan..bila dah call Pullman nih terus booking sebab government rate dia amatlah berbaloi cuma rm189 sahaja...tengok building dia pun boleh tahan nampak baru...5 star rating kalau tak silap info.

~check in time~

Pullman Hotel nih betul-betul tengah town...dekat sangat dengan tempat makan seafood yang terlajak laris tuuu....Hot Spot....Bebe dapat bilik level 16....best dapat tengok pemandangan sekitar.

~ view dari bilik 1604~

~sebelah bangunan bumbung biru tuh la food court Top Spot yang famous tuh~

Macam biasa ler sebelum rasmikan bilik mestilah kena ambil gambar dulu...nih boleh ler relaks2, kalau bawa Nadhif Nufa mesti tak sempat ambil gambar diorang dah lompat dulu atas katil.





Sunyi jer masuk bilik hotel nih....takut pun ada....besar sangat...kalau bawa family best ler....nasib ler tak duduk lama pun dalam bilik nih...check in pun dah 7 pm....mandi sembahyang dah keluar makan...balik kul 9pm...tgk tv jap lepas tuh tidur.....keesokkan hari lepas breakfast dalam 9 am dah check out....tak sempat pun nk berendam dalam bath tub :)

~bath tub pun ada~

 ~tempat termenung sangat selesa termasuk shower room yang luas~

~toiletries~

Harga untuk breakfast pun dah termasuk sekali yer...tapi untuk one person je...kalau nk breakfast untuk dua orang kena tambah lagi RM20 kalau tak silap....makanan pun banyak pilihan....mm, gambar dekat cafe tak ambil pun sebab tak bawa iphong...lapar sangat kannn....hehe.

 ~area lobi yang sangat luas~

Lepas breakfast sebelum next agenda, sempat la ronda-ronda dalam Pullman..nih area pool level berapa entah...dah tak ingat...time nih awal pagi, so ada sorang je mat saleh tengah berendam.....fuhhh best pool dia sangatlah besar...kalau bawa budak2 best ler boleh berendam sama.

~swimming pool~

Security kat sini kira canggih gak ler, nak naik lift kena guna kad akses yang kita dapat lepas check-in...kad nih sama dengan akses bilik....so orang luar memang tak boleh ler nak masuk sesuka hati....tapi kad nih problem...asyik tak boleh detect....gila stress dah masuk lif, pintu pulak tak leh tutup...selagi kad tu tak boleh detect...kena keluar pulak gi kaunter...minta bantuan...lol.....nasib Bebe punya kad ok....yg bos Bebe punya jer bermasalah sampai nak masuk bilik pun tak boleh...dalam lif tuh terserempak dengan sorang Mat Saleh...dia pun bebel2 dah berapa kali naik turun sebab kad akses dia problem...mmmm....Pullman please take action...staff kat situ pun dah tahu memang selalu kad akses dia problem...alahai...yang lain service tip top.



Kalau sesiapa tengah pening nak stay mana kat Kuching nih...mmm, boleh stay kat sini...sangat selesa...harga pun ok tak mahal....klah, nanti update citer ronda-ronda sekitar bandar Kuching pulak.

 

Tuesday, March 24, 2015

Cheesekut

Dah lama tak share resipi....sejak anak 2 nih dapur pun dah jarang berasap....sebab ada jer yang nak ikut sama masuk dapur...kena tunggu hari cuti atau Nufa tidur baru boleh nak cuba resepi baru....kalau hari bekerja memang masak yang simple-simple jer...masak lebih sikit untuk cover sehari dua tak payah masak, cuma panaskan lauk yang ada :)

Cheesekut nih dah buat untuk kali kedua...boleh buat kudapan pagi tengahari petang....anak-anak pun suka....sebab rasanya lemak-lemak manis.

Bahan-bahan :

 500g cream cheese tartura
susu dutch lady sekotak
susu pekat 1/2 tin atau 1/3 tin ( ikut selera nak manis ke kurang manis)
biskut hup seng deluxe cracker
biskut oreo / serbuk nestum (hancurkan untuk ditabur pada setiap lapisan) - bebe tak letak pun:)

~bahan-bahan untuk cheesekut, abaikan ikan bilis kat belakang tu~

Cara-cara membuatnya :

1. Cheese dengan susu pekat diblend sekali kemudian masukkan susu dutch lady kotak kacau sekali
    agak-agak jangan pekat sangat atau cair sangat.

2. Kemudian celupkan biskut hup seng dengan susu dutch lady kotak, jangan lama sangat sekejap je.


~celupkan biskut~

3. Sapukan cheese yang telah diblend ke dalam bekas dan susun biskut yang telah dicelup dengan
    susu dutch lady kotak tadi.


4. Selang-selang biskut dengan cheese yang diblend tadi.


5. Ulang sehingga cheese yang diblend habis....bagi yang suka berlemak boleh letakkan cheese tu
    banyak pada setiap layer...ikut citarasa masing-masing.


6. Siap ...masukkan dalam fridge dalam sejam dah boleh makan :)

~Nadhif suka sangat dengan cheesekut nih~