Followers

Friday, April 17, 2015

Wajib bersegera qada solar

SOLAT fardu yang tertinggal wajib diqada. Ulama membahagikan qada solat kepada dua jenis. 
Yang pertama qada solat bagi mereka yang tertinggal solat dengan keuzuran.
Yang kedua qada solat bagi mereka yang tertinggal tanpa keuzuran.

Para ulama fikah dalam mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah, al-Hanafiyyah dan al-Hanabilah sepakat mewajibkan bersegera dalam mengqada solat wajib yang tertinggal tanpa keuzuran. Ini kerana meninggalkan solat tanpa keuzuran syarak adalah berdosa. Maka bertaubat daripada dosa dituntut segera.

Dosa yang bertangguh tanpa bertaubat akan mengundang kemurkaan Allah s.w.t. Selagi tidak qada selagi itulah dosanya dikira. Syarat taubat daripada dosa ini ialah mengqadakan solat yang tertinggal.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan satu peristiwa yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ketika pulang menunggang unta dari peperangan khaibar telah merasakan mengantuk sangat, sehingga baginda bersabda: “Wahai Bilal kita telah ditimpa malam”, maka bilal menunaikan solat beberapa rakaat yang terdaya oleh beliau, manakala Rasulullah s.a.w dan para sahabat terus tidur.

Apabila hampir fajar Bilal menyandarkan badan pada tunggangannya sehingga Bilal tewas dalam mengantuk. Tiada seorang pun dari kalangan sahabat yang terjaga sehinggalah mereka terasa kepanasan matahari. Rasulullah s.a.w adalah yang terawal bangun lalu baginda terkejut. Lantaran Bilal berkata: “Demi ayahku dan ibuku apa yang berlaku pada diriku jualah yang menimpa dirimu wahai Rasulullah”. Kemudian kesemua sahabat bersiap untuk solat. Rasulullah s.a.w berwuduk dan menyuruh Bilal iqamat lalu baginda menunaikan solat fajar dengan mengimami para sahabat.

Apabila selesai menunaikan solat baginda bersabda“Barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat. Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.” (Tahaa:14 ), (riwayat Ibn Majah, jld:1, hlm: 227)

Persoalannya bolehkah qada solat subuh? Sedangkan selepas subuh adalah waktu haram mendirikan solat. Mungkin ini menjadi asas kepada pandangan segelintir masyarakat yang menyangka tidak boleh melakukan sebarang solat selepas waktu subuh walaupun qada solat.
Dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w daripada ‘Uqbah bin ‘Amir memberitahu yang bermaksudBaginda Rasulullah telah menegah kami dari menunaikan solat dan mengkebumikan jenazah pada tiga waktu berikut: ketika terbit matahari sehingga naik tinggi, ketika matahari berada pada ufuk dan ketika terbenamnya matahari. (riwayat Muslim, jld:1, hlm:568, Abu Daud, jld:2, hlm:185,).

Namun, solat yang diharamkan selepas solat fajar ialah solat sunat, adapun solat fardu tidak ditegah dari melakukannya, ini kerana selagi mana matahari tidak terbit selagi itu waktu itu waktu solat subuh. (Nuh ‘Ali Salman, Qadha al-Ibadat, hlm: 260-261).
Para Fuqaha dari kalangan mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah dan al-Hanabilah mengharuskan qada solat pada waktu-waktu yang ditegah dalam hadis di atas dan waktu-waktu lain.
Dr. Wahbah al-Zuhailiy menukilkan pandangan para fuqaha dengan menyimpulkan dengan pandangan: “Harus mengqada solat fardu yang tertinggal pada bila-bila masa, sama ada waktu itu ditegah daripada melakukan ibadat ataupun pada waktu biasa, maksudnya qada solat boleh dilakukan bila-bila sahaja.” (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, al-Fiqh al-Islamiy, jld:2, hlm: 144).

Justeru, dengan nas-nas daripada al-Quran serta hadis dan pandangan ulama yang muktabar jelas kepada kita bahawa qada ini boleh dilakukan pada bila-bila sahaja walaupun selepas subuh dan selepas asar.

Ini kerana wajib itu kekal wajib. Wajib dalam waktunya apabila tidak ditunaikan pada waktunya wajib itu tidak berubah tuntutannya ia tetap kekal wajib. Malahan orang yang tertinggal solat dengan alasan tertidur, terlupa wajib bersegera mengqadanya. Selagi mana tidak diqada selagi itulah hutang solatnya tertanggung atas bahunya.

Solat tidak boleh selesai dengan taubat sahaja. Taubat atas perbuatan alpa atau buat-buat alpa dan terlupa. Taubat dalam erti kata menyesal atas sikap acuh tak acuh, dan berjanji dengan Allah dan diri bahawa tidak akan mengulangi tabiat suka leka dan tidak bersungguh-sungguh dalam memelihara solat.

 (Sumber dari email KPM)

Wednesday, April 15, 2015

Pullman Hotel, Kuching Sarawak

Last month ada outstation dekat Kuching...stay dekat Pullman Hotel....first time bermalam kat Sarawak..sebelum nih datang balik hari jer.
Sebelum datang, dah try google hotel-hotel area town Kuching nih...mestilah kena cari rate yang layakkan..bila dah call Pullman nih terus booking sebab government rate dia amatlah berbaloi cuma rm189 sahaja...tengok building dia pun boleh tahan nampak baru...5 star rating kalau tak silap info.

~check in time~

Pullman Hotel nih betul-betul tengah town...dekat sangat dengan tempat makan seafood yang terlajak laris tuuu....Hot Spot....Bebe dapat bilik level 16....best dapat tengok pemandangan sekitar.

~ view dari bilik 1604~

~sebelah bangunan bumbung biru tuh la food court Top Spot yang famous tuh~

Macam biasa ler sebelum rasmikan bilik mestilah kena ambil gambar dulu...nih boleh ler relaks2, kalau bawa Nadhif Nufa mesti tak sempat ambil gambar diorang dah lompat dulu atas katil.





Sunyi jer masuk bilik hotel nih....takut pun ada....besar sangat...kalau bawa family best ler....nasib ler tak duduk lama pun dalam bilik nih...check in pun dah 7 pm....mandi sembahyang dah keluar makan...balik kul 9pm...tgk tv jap lepas tuh tidur.....keesokkan hari lepas breakfast dalam 9 am dah check out....tak sempat pun nk berendam dalam bath tub :)

~bath tub pun ada~

 ~tempat termenung sangat selesa termasuk shower room yang luas~

~toiletries~

Harga untuk breakfast pun dah termasuk sekali yer...tapi untuk one person je...kalau nk breakfast untuk dua orang kena tambah lagi RM20 kalau tak silap....makanan pun banyak pilihan....mm, gambar dekat cafe tak ambil pun sebab tak bawa iphong...lapar sangat kannn....hehe.

 ~area lobi yang sangat luas~

Lepas breakfast sebelum next agenda, sempat la ronda-ronda dalam Pullman..nih area pool level berapa entah...dah tak ingat...time nih awal pagi, so ada sorang je mat saleh tengah berendam.....fuhhh best pool dia sangatlah besar...kalau bawa budak2 best ler boleh berendam sama.

~swimming pool~

Security kat sini kira canggih gak ler, nak naik lift kena guna kad akses yang kita dapat lepas check-in...kad nih sama dengan akses bilik....so orang luar memang tak boleh ler nak masuk sesuka hati....tapi kad nih problem...asyik tak boleh detect....gila stress dah masuk lif, pintu pulak tak leh tutup...selagi kad tu tak boleh detect...kena keluar pulak gi kaunter...minta bantuan...lol.....nasib Bebe punya kad ok....yg bos Bebe punya jer bermasalah sampai nak masuk bilik pun tak boleh...dalam lif tuh terserempak dengan sorang Mat Saleh...dia pun bebel2 dah berapa kali naik turun sebab kad akses dia problem...mmmm....Pullman please take action...staff kat situ pun dah tahu memang selalu kad akses dia problem...alahai...yang lain service tip top.



Kalau sesiapa tengah pening nak stay mana kat Kuching nih...mmm, boleh stay kat sini...sangat selesa...harga pun ok tak mahal....klah, nanti update citer ronda-ronda sekitar bandar Kuching pulak.