Followers

Monday, July 25, 2011

Sagu Gula Melaka

Antara menu pencuci mulut yg paling digemari...mesti sentiasa ada dalam fridge...habis buat..habis buat...sebab nk buatnya mudah sgt..janji ada spare susu cair dgn gula merah.



Bahan-bahan :
1. Sagu ( selalu beli dalam RM1.50 )
2. Gula Melaka
3. Daun Pandan
4. Susu Cair
5. Pewarna ( ikut suka nk color apa )

Cara-caranya :
Sagu
  1. Basuh sagu dahulu sehingga bersih.
  2. Rendam sagu yang telah dibersihkan tadi dengan pewarna pilihan lebih kurang 15minit.
  3. Masak 5 cawan air sehingga mendidih dan masukkan sagu yang telah di rendam tadi.
  4. Kacau sagu sehingga biji-biji menjadi kembang dan bertukar  menjadi warna     jernih.
  5. Tutup api.
  6. Kemudian, tuangkan sagu yang telah di masak tadi ke dalam penapis dan lalukan    dgn air sejuk.
  7. Kacau sagu tersebut dengan air sejuk agar kanji2 keluar dari penapis...baru sagu tak liat.
  8. Akhir sekali, tos dan tuangkan sagu tersebut dalam bekas@acuan...kalu nk cantik    masukkan dalam acuan kecil2..kalau dah tak dak guna bekas besar pun boleh

Gula Melaka

1. Masak 2 cawan air sehingga mendidih bersama dengan sehelai daun pandan.
2. Kemudian masukkan gula melaka.
3. Setelah sebati tutup api dan siap.


Sagu nih kalu nak sedap, sebelum makan masukkan dalam fridge dulu bagi sejuk...
Bila nk makan sendukkan dalam mangkuk, kemudian tuangkan gula melaka sikit dan susu cair tin.
dah boleh makan..ummphhh sedap...:)

Wednesday, July 20, 2011

Festival Bunga & Taman Putrajaya 2011

Floria dgn tema "roses are forever" tahun nih...wow, romantiknya :)
mmm floria nih dah habis pun ahad lepas..citer basi...
lagi sehari nk habis floria nih baru berkesempatan kesana.
sampai ja, terusla posing dulu.

~ nadhif sibuk tgk cahaya lampu~

Kebetulan mlm minggu, ramai betul orang yang datang.
Nadhif tak layan pun bunga2 nih....buat tak tahu ja..
Nadhif belum pernah tgk itik, haaa tgk itik besar nih 

~ ada 4 ekor itik hidup dlm kolam nih,comel ~

Boleh dikatakan semua yg datang sibuk bergambar dengan bunga2 kat sini...celah pokok, celah pintu, tepi tangga, tepi rumput, atas batu, tgh jalan...mm, habis semua tempat org sibuk nk bergambar....apalagi nadhif pun tak lepaskan peluang la...walaupun skrg nih mmg susah mama & abah nk snap picture Nadhif....sibuk dgn hal sendiri...nk pandang sana sini...

~Nadhif~

Geram betul tgk bunga2 kat sini..bunga ros lagi la....segar bugar...warna warni...nih kalu tanam kat rumah tahan 2 3 bulan dah mati...nk tunggu berbunga mcm gambar kat bawah nih entah bila....

~roses are forever~

Nadhif dah start merengek bila mama & abahnya sibuk nk tunggu perarakan kapal berhias dekat tasik...kena tunggu dlm sejam la jugak..start kul 9 mlm...tepi2 tasik mmg dah penuh dgn org yang setia menunggu....


Tak dapat nk fokus kapal berhias satu2 dr dekat....sesak sgt dgn org...tunggu punya la lama, tengok kejap je.
Dah tak boleh tunggu sampai habis, big boss kecik dah angin..lama sgt, berpeluh2....


First time Nadhif tgk bunga api, khusyuk betul...

~Nadhif terpegun tgk bunga api~
Nadhif dgn mulut terngaga selama 5 minit....haha....kira lama jugakla bunga api nie...puas mendongak kelangit....


Monday, July 11, 2011

The Simple-est Contest Ever!! THE BALD BABY CONTEST

THE BALD BABY CONTEST
6 JUL - 6 AUG 2011

Objektif: Bagi menghargai bayi-bayi botak atau kurang rambut sedunia oleh Amir.

JOM JOIN CONTEST NIH :)
*******************************************************************

~ best ooo tidur bila kepala botak, sejuknyerrr~

MOHAMMAD NADHIF BIN MOHAMMAD FIRDAUS

Friday, July 8, 2011

1st GA by Siti Zahrah Comel " My Baby and Toys"





Jom join contest nie...mudah je syarat penyertaan....esok 9 hb Julai dah tarikh tutup penyertaan...cepat2...berminat klik SINI :)

 *****************************************************************

~bestnya dapat main + gigit remote ASTRO....mainan yang lain x best~

tag :

Monday, July 4, 2011

Gigi Nadhif

Dah lama tak update tentang perkembangan nadhif....skrg nadhif dah masuk 8 mths....
Gigi pun dah 4 btg....2 btg bawah, 2 btg atas...gigi pertama nadhif tumbuh dlm 5 mths++...tumbuh gigi bawah dulu, serentak naik 2 btg...sebelum tuh mmg nadhif demam sampai 2 minggu, kejap baik kejap demam balik....time gi timbang utk 6 mths mmg berat dia tak naik langsung..maintain berat 5 mths...kesian nadhif gara-gara nk tumbuh gigi.

~cantik tak gigi saya?~

Gambar kat atas nih waktu dekat P.Pangkor, belum nampak lagi gigi atas Nadhif....skrg dah naik  lagi 2 btg gigi atas....tapi nengoknya cam gigi kapak ja..jgn ikut gigi mama dah la...

Bila anak pertama nih, mmg mcm2 la kita kena belajar..kena rujuk kepada yg pakar...

Nih sedikit sebanyak info tentang pertumbuhan gigi bayi yang di ambil dari majalah PAMA...

http://www.majalahpama.com.my/Bayi/artikel.asp?art=2009/1203/5627793411&sec=Topik

Gigi pertama si kecil
Melihat gigi pertama bayi merupakan saat yang menggembirakan. Namun untuk menjaga giginya itu perlu dilakukan sejak kecil lagi. Percaya atau tidak, itulah hakikat yang mesti anda akui bahawa  gigi mula terbentuk sejak bayi berusia beberapa bulan.
Kebanyakan bayi  mulai tumbuh gigi sekitar usia enam bulan. Malah ada juga sesetengah bayi mulai tumbuh gigi pada usia 4 bulan dan ada juga yang tumbuh gigi pertama selepas berumur 1 tahun. Manakala dalam sesetengah kes, ada bayi yang dilahirkan sudah mempunyai gigi. Ia dikenali sebagai gigi neonatal. Gigi ini telah tumbuh dan hadir dalam mulut bayi semasa bayi dilahirkan. Ia amat jarang berlaku. 

Reaksi
Apabila gigi susu tumbuh, jangan hairan jika anak anda menunjukkan perubahan sikap. Antara perubahan sikap atau reaksi yang biasa ialah :

Kegatalan gusi
Ini boleh dikurangkan dengan memberi teether atau tuala sejuk untuk digigit agar bayi lebih selesa.

Gusi sakit
Ini boleh dilihat dengan gusi kelihatan berwarna merah dan terasa panas. Bayi juga mungkin banyak merengek dan menangis kerana tidak selesa.

Demam
Ada juga bayi yang mungkin demam setiap kali tumbuh gigi. Ini boleh diatasi dengan memberikan bayi ubat tahan sakit seperti paracetamol. Namun pastikan dos yang diberi betul dan tidak melebihi had maksimum dalam sehari.

Kurang makan
Selera makan bayi juga akan kurang. Jika bayi tidak mahu makan, pastikan dia mendapat cukup cecair. Berikan lebih susu dan air.

Atasi masalah ketika tumbuh gigi
1.Cuba memberinya sesuatu yang keras untuk di kunyah, seperti kepingan keju atau lobak merah atau gegelang gigi pertama yang sejuk. Jangan tinggalkan anak anda seorang diri ketika dia sedang mengunyah bedan keras, dikhuatiri  jika ia tercekik.
2.Jika  gusi bayi merah dan bengkak, urut lembut dengan jari anda atau ketulan kecil ais (tapi awas, bayi boleh mendapat frost bite). Cuba gunakan sedikit gel theeting bebas gula.
3.Jika si manja kelihatan sakit ketika tumbuh gigi, cecair paracetamol boleh membantu. Berikan mengikut nasihat doktor. Jangan berikan aspirin untuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.
4.Dakap dan tenangkannya. Dukung dan bawanya berjalan-jalan atau bersiar-siar  dengan kereta.
5.Sekali sekala bawa dia mengunjungi doktor gigi. Doktor gigi akan memberikan nasihat yang betul bagaimana untuk menjaga gigi pertama. 

Penjagaan gigi dengan berus gigi yang lembut
Setelah gigi tumbuh, gigi perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Gunakan tuala basah yang lembut untuk membersihkan gigi. Terdapat juga berus gigi bayi yang lembut di pasaran. Bayi yang kecil tidak tahu meludah jadi penggunaan ubat gigi tidak perlu untuk bayi pada umur begini.

Masalah gigi

Menyentuh masalah pergigian yang serius boleh dialami oleh kanak-kanak ialah karies rampan (rampant caries). Keadaan ini adalah di mana gigi kanak-kanak menjadi reput dan hancur dan akhirnya tinggal tunggul-tunggul sahaja. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak sentiasa sakit gigi akibat infeksi dari gigi dan gusi. Ia diakibatkan oleh kehadiran gula dari susu, susu formula dan jus yang sentiasa bertakung dalam mulut bayi untuk masa yang lama.