Followers

Tuesday, March 24, 2015

Cheesekut

Dah lama tak share resipi....sejak anak 2 nih dapur pun dah jarang berasap....sebab ada jer yang nak ikut sama masuk dapur...kena tunggu hari cuti atau Nufa tidur baru boleh nak cuba resepi baru....kalau hari bekerja memang masak yang simple-simple jer...masak lebih sikit untuk cover sehari dua tak payah masak, cuma panaskan lauk yang ada :)

Cheesekut nih dah buat untuk kali kedua...boleh buat kudapan pagi tengahari petang....anak-anak pun suka....sebab rasanya lemak-lemak manis.

Bahan-bahan :

 500g cream cheese tartura
susu dutch lady sekotak
susu pekat 1/2 tin atau 1/3 tin ( ikut selera nak manis ke kurang manis)
biskut hup seng deluxe cracker
biskut oreo / serbuk nestum (hancurkan untuk ditabur pada setiap lapisan) - bebe tak letak pun:)

~bahan-bahan untuk cheesekut, abaikan ikan bilis kat belakang tu~

Cara-cara membuatnya :

1. Cheese dengan susu pekat diblend sekali kemudian masukkan susu dutch lady kotak kacau sekali
    agak-agak jangan pekat sangat atau cair sangat.

2. Kemudian celupkan biskut hup seng dengan susu dutch lady kotak, jangan lama sangat sekejap je.


~celupkan biskut~

3. Sapukan cheese yang telah diblend ke dalam bekas dan susun biskut yang telah dicelup dengan
    susu dutch lady kotak tadi.


4. Selang-selang biskut dengan cheese yang diblend tadi.


5. Ulang sehingga cheese yang diblend habis....bagi yang suka berlemak boleh letakkan cheese tu
    banyak pada setiap layer...ikut citarasa masing-masing.


6. Siap ...masukkan dalam fridge dalam sejam dah boleh makan :)

~Nadhif suka sangat dengan cheesekut nih~

 

Monday, March 16, 2015

Kelebihan Solat Berjemaah Di Masjid/ Surau

Sabda Rasullullah s.a.w :
"Solat secara berjemaah adalah dua puluh tujuh kali lebih baik dari solat secara bersendirian"
(Bukhari, Muslim, Turmizi dll)

Huraian hadith :

Orang Islam yang bijak tentulah akan berusaha untuk sembahyang berjemaah di masjid atau pun surau kerana sangat besar ganjaran dan kasih sayang Allah dalam hal ini. Orang yang sembahyang berseorangan di rumah hanya mendapat satu bahagian pahala sedangkan mereka yang pergi berjemaah mendapat 27 kali lebih banyak bahagian pahala tersebut.

Untuk memudahkan pemahaman, bolehlah kita buat satu contoh :

Pada satu hari, pemerintah telah membuat tawaran kepada sesiapa yang pergi solat berjemaah ke masjid atau surau akan dibayar RM27 untuk satu waktu dan sesiapa yang sembahyang di rumah pula hanya dibayar RM1 sahaja untuk satu waktu. Manakah yang akan kita pilih?

Bayangkan, seandainya kita solat berjemaah lima waktu sehari semalam maka kita akan memperolehi gaji sebanyak RM135 untuk sehari sedangkan mereka yang sembahyang di rumah pula hanya mendapat gaji RM5 sahaja untuk sehari. Mana yang akan kita pilih? Sembahyang di rumah ataupun pergi berjemaah?

Kalaulah betul sebegini, sudah tentu ibu bapa akan memaksa dan memukul anak-anak mereka agar pergi solat berjemaah. Malangnya manusia lebih nampak besarnya duit berbanding pahala. Sebab itulah ibu bapa sekarang tidak berasa rugi sedikit pun kalau anak-anak mereka tidak pergi solat berjemaah. Tapi kalau dibayar RM135 sehari, jangankan orang lelaki, orang perempuan pun akan berlumba-lumba ke masjid dan surau.

Sudah semestinya kita sebagai orang-orang yang tahu akan hal ini, membuat pilihan yang bijak iaitu mencari gaji RM135 sehari berbanding orang kurang bijal yang mencari hanya RM5 sahaja untuk sehari.

Sabda Rasullullah s.a.w :
"Apabila seseorang itu telah berwuduk dengan sempurna dan menuju ke masjid dengan niat semata-mata hendak solat, maka setiap langkahnya mendapat pahala dan menghapuskan satu dosa."
(Bukhari)

Alangkah besarnya kasih sayang dan ganjaran yang Tuhan sediakan untuk hamba-hambaNya yang pergi solat berjemaah! Setiap satu langkah kita ke masjid/ surau akan mendapat satu pahal dan menghapuskan satu dosa. Allah Maha Berkuasa untuk mengira langkah kita walaupun kita pergi dengan menaiki kenderaan. Kalau kita berjalan 200 langkah, maka dapatlah 200 pahala dan terhapus pula 200 dosa.

Namun begitu, untuk mendapatkan semua ganjaran ini, maka hendaklah kita mengambil wuduk siap-siap di rumah. Kalau kita mati di pertengahan perjalanan pun, kita mati dalam keadaan berwuduk.

Dalam sebuah hadith yang terkenal, Rasullullah s.a.w bersabda :

"Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya (iaitu pada Hari Akhirat). Salah satunya ialah seorang lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid."
(Bukhari & Muslim)

Kalau kit arajin ke masjid/ surau, sudah tentu kita akan termasuk ke dalam golongan mereka yang akan mendapat naungan Allah.

Akhirnya, dalam sebuah hadith lain, pesan baginda s.a.w lagi :
"Barangsiapa berjalan ke masjid pada waktu pagi dan petang, maka Allah akan menyediakan baginya di dalam syurga satu rumah jamuan setiap kali dia pergi ke masjid ."
(Bukhari, Muslim, Ahmad dll)

 (Sumber dari email KPM)

Wednesday, March 11, 2015

Sky Park @ One City

Sebelum nih asyik tengok orang update dekat insta, facebook & blog pasal One City dekat USJ nih....ada lantai kaca yang boleh nampak sampai ke bawah....so, bila dah kebetulan lalu ajak ler Firdaus singgah jap.

Dari jauh dah nampak orang tengah santai-santai dekat atas roof top building...parking pun senang..tak payah bayar, free....maybe sebab baru lagi...building ni ada 2 blok yang berdekatan...ada juga hotel kat sini...nama per entah...x perasaan pulak :)

Rasanya daya tarikan shopping complex nih cuma roof top tuh jer kot....dengan ada ler sikit space untuk bergambar  sambil tengok pemandangan luar dari atas....kalau nak shopping rasanya tak best sangat kedai-kedai kat situ....kedai makan pun tak banyak choice...lif dia best....berkaca, laju lepas tuh banyak...tak payah nak berebut-rebut.

~Cik Nufa yang tak tahu takut langsung...tak gayat pun..relaks jer~

Bebe puas tunjuk kat Nufa suruh tengok kebawah...bila dia tengok macam tak der perasaan gayat langsung...lorrr....Nadhif pulak yang teragak-agak nak pijak...haha...Nadhif memang berhati-hati sikit jika nak dibandingkan dengan Nufa yang lebih lasak, ganas dan main redah jer.

~lebih tertarik nak tengok langit lorr~

Ramai la couple, family, budak2 sibuk bergambar atas lantai nih....nice view...kalau tak der budak boleh la nak lepak...nih dengan 2 askar tak sempatnya nk romantik bagai...berlari-lari, jerit sana sini dengan anak-anak...haha....duduk 15 minit rasa macam sejam penatnya:)

Dah jadi macam benda wajib jer, semua orang mesti nak bergambar kat tebing kaca nih...tepi nih ada cafe boleh lepak-lepak minum sambil tengok pemandangan luar dari atas....kita orang anak beranak pun sibuk la nak bergambar jugak kat sini...haha.

Susah betul nak suruh semua pandang..sorang pandang sana sorang pandang sini...alahai....janji ada gambar sudah ler.

 

Tuesday, March 10, 2015

Kelebihan Mencari Ilmu


Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda (yang maksudnya) :

"Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan menuju ke syurga."
(Muslim, Abu Daud, Turmizi dll)

Maksud hadith ini, sesiapa saja yang sanggup melapangkan sedikit masanya untuk menambah pengetahuan lebih-lebih lagi ilmu yang berkaitan dengan agama, peluangnya untuk masuk ke dalam syurga adalah cerah kerana jalan ke sana telah dimudahkan oleh Allah SWT. Janji Allah mustahil tidak benar. Rasullullah s.a.w juga pernah bersabda (yang maksudnya) :

"Selamat datang wahai orang yang menuntut ilmu, sesungguhnya para penuntut ilmu itu akan dinaungi oleh sayap-sayap para malaikat yang saling bertindihan satu sama lainnya sampailah ke langit dunia, ini kerana kecintaan mereka kepada orang yang menuntut ilmu."
(Ibnu Majah, Ahmad, Thabrani & Ibnu Hibban)

Para malaikat sangat suka dengan orang-orang yang menuntut ilmu. Apabila terjumpa saja mana-mana majlis ilmu, para malaikat akan menebarkan sayap-sayap mereka menyelebungi majlis tersebut. Sebab itulah orang-orang yang berasa dalam majlis-majlis ilmu akan terasa damai dihati dan dekat dengan Tuhan kerana mereka sebenarnya sedang berasa di bawah naungan sayap-sayap para malaikat. Seterusna para malaikat tadi akan berbaris pula bertingkat-tingkat sampailah ke langit. Sebab itulah ada ulama mengatakan bahawa cahaya majlis-majlis ilmu ini seolah-olah terpancar terus ke langit.

Dalam hadith yang lain, baginda s.a.w bersabda :
"Tujuh golongan manusia dilindungi Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan-Nya. Mereka ialah :

1. Pemerintah yang adil
2. Pemuda yang hidup dalam ketaatan kepada Allah
3. Lelaki yang sentiasa ingat kepada masjid untuk beribadah kepada Allah
4. Dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, mereka berkumpul dan berpisah
    kerana cinta kepada Allah
5. Lelaki yang menolak godaan seorang perempuan cantik dan bersekedudukan tinggi dengan 
    berkata : Aku takut kepada Allah
6. Lelaki yang bersedekah dengan ikhlas dan tidak menghebahkan sedekahnya itu, hinggakan
    tangan kirinya tidak tahu apa yang telah disedekahkan oleh tangan kanannya. 
7. Lelaki yang sentiasa menyebut nama Allah (berzikir) secara bersunyi-sunyian lalu 
    mengalirkan air matanya."
(Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dll)


Pada hari Qiamat nanti, yang ada hanyalah perlindungan Allah SWT. Kita sangat-sangat berharap agar sekurang-kurangnya kita termasuk salah satu daripada tujuh golongan yang disebutkan dalam hadith di atas, Setidak-tidaknya kita memohon kepada Allah SWT agar memasukkan kita ke dalam golongan yang keempat, iaitu golongan hamba-hambat yang bertemu dan berpisah kerana Allah SWT.

(Sumber dari email KPM)


Thursday, March 5, 2015

Oral Surgery

9 Februari 2015. Appointment Nadhif  for Oral Surgery at Hospital Serdang 7.30 am.
Alhamdullillah, semuanya berjalan lancar....Nadhif pun dah sihat seperti sedia kala :)

Nadhif seawal 6 bulan dah tumbuh gigi....kuat minum susu....jenis yang payah sangat nak bagi kita gosok gigi dia....melalak jer bila kena gosok gigi...jadi mama dia pun selalu ler skip...so, ambil pengajaran yer disini....biar anak melalak...janji tiap-tiap hari mesti gosok gigi diorang.

Punca gigi rosak maybe kuat minum susu malam dengan selalu jer skip gosok gigi....tapi paling ketara gigi dia rosak teruk lepas kena virus kuku kaki dan mulut (HFMD)....boleh perasan arrr terus semua gigi atas rosak...time tuh umur Nadhif baru 2 tahun...tinggal gigi bawah bahagian depan jer tak teruk sangat itu pun dah ada tanda-tanda dah makan ulat...geraham pun jadi berlubang...bila refer dekat Klinik Kesihatan, doktor ada sapu ubat color kuning nak bagi ulat tu tak merebak. Setiap 6 bulan kena sapu ubat tuh.

Bila dah 4 tahun, doktor tengok gigi atas memang lagi teruk....tinggal tunggul sikit-sikit jer dekat dengan gusi....kalau nak makan benda keras pun dah macam terganggu...dah tak boleh gigit....so doktor cadangkan refer pakar dekat Hospital Serdang.

Nak ke Hospital Serdang untuk refer pakar memang syarat kena ada surat dari Klinik Kesihatan dulu...kalau main terjah macam tuh jer diorang tak akan layan...ok, lepas dapat jer surat refer terus bawa Nadhif ke Hospital Serdang..nih dah lama ok, rasanya awal tahun lepas....sekali jer Nadhif jumpa doktor pakar kat situ...memang bagus cara doktor kat situ layan budak-budak...cara percakapan, cara melayan memang boleh buat budak-budak tak takut dan tak perasan pun diaorang nak kena check gigi...persekitaran pun macam masuk nursery...time first check up doktor ada simen gigi geraham Nadhif...siap suruh Nadhif pilih simen color apa? boleh Nadhif pilih color pink...haha...dah habis dapat sticker mickey mouse lagi...mau tak seronok budak-budak.

Waktu check up terus doktor cadangkan untuk buangkan kesemua gigi yang rosak...doktor akan bius bagi dia tak sedar...ikut procedure operation....ok bila dah berbincang, Bebe dengan Firdaus pun setuju..date untuk nak operation tu belum ditentukan lagi...kita kena tunggu call dari pihak hospital ...kena ikut turn....hampir setahun jugak ler....at last 9.2.2015 seminggu sebelum nak buat operation hospital call tanya boleh tak datang pada date tu....kena pastikan Nadhif sihat dan tak ambil apa-apa ubat baru boleh buat operation. Think positif terus setuju....kalau nak tangguh nanti tak tahu bila pulakkan...dah la menunggu sampai setahun.

Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba....630 am dah keluar rumah...hantar Nufa ke nursery dulu lepas tu terus ke Hospital Serdang...Nadhif seronok jer bila tahu tak payah pergi sekolah tapi tak tahu dia nk kena operate buang gigi..haha.

~senyum tayang gigi rosak dulu, tapi tak berapa nampak la~

Kebetulan sehari sebelum operation, tok aki datang rumah...tumpang Faiz yang ada kursus seminggu kat KL....okler boleh buat semangat...teman Nadhif.

~ tengah tunggu pendaftaran~

Lepas selesai urusan pendaftaran, terus ke Wad Rawatan Harian...wad nih untuk semua golongan tak kira tua ke muda untuk yang nak buat minor operation sahaja.....campur lelaki perempuan...lepas operate petang dah boleh balik....nurse pun baik jer tak kisah pun berapa orang ikut masuk sama dalam wad untuk menunggu....yang tak tahan air cond dia sejuk sangat rasa sampai ketulang.

~kaunter nurse dengan doktor~

Nadhif dapat katil depan kaunter....waktu datang memang dah ada nama Nadhif.



Waktu ni Bebe yang dah berdebar..takut pun ada...Nadhif cool and steady...yer la sebab dia tak tahu cerita sebenar....ingat saja-saja datang duduk dekat wad......ada tiga orang akan buat operation gigi sekali dengan Nadhif....sebelah-sebelah katil...Nadhif paling kecil...lagi 2 orang perempuan umur 7 tahun dengan 9 tahun...Nadhif orang first yang buat operation...lagi 2 selepas Nadhif dah settle....kena ikut giliran.

Nadhif dah start puasa dari 10 malam tadi tak minum atau makan apa-apa....procedure operation memang macam tu takut muntah lepas operation.

~malu-malu bila pakai baju Hospital, topi tak nak pakai~

Dalam pukul 9am doktor bius datang bagi penerangan dengan check condition Nadhif...bila semua dah ok doktor yang nk operate Nadhif pulak datang terangkan procedure dan sign beberapa borang.



Bila semua dah ready...nurse suruh salah seorang mak atau ayah temankan anak masuk operation room sampai dia dah tak sedar....mmm, macam biasa ler mestilah mamanya yang kena kedepan...walaupun hati berdegup kencang...mana ler seumur hidup masuk operation room....memang penakut gila....time nak beranak jer kot jadi berani tu pun dah no choice...haha.

 ~time nih dah nak kena gi operation room, Nadhif tgh bye-bye dekat abah dia dengan tok aki~

Bila nk masuk operation room tuh, bebe pun kena pakai baju dengan topi cam Nadhif...Nadhif kena duduk atas katil lepas tuh ada attendance tolong tolakkan...Nadhif seronok jer dia tak tahu kisah sebaliknya....sampai jer operation room diorang pindahkan katil yang memang penuh atas tu dengan lampu2 dan perkakas operate....ada pakar bius dekat situ, dah berumur...sangat lembut orangnya....sembang-sembang dengan Nadhif...sesi memujuk Nadhif nak bagi dia baring terus atas katil tuh...nasib ler Nadhif nih dengar cakap....Bebe pegang tangan dia....lepas tuh pakar bius letakkan oksigen kat mulut suruh sedut...bagi satu belon dekat tangan Nadhif...kononnya bila dia sedut jer oksigen tuh belon akan besar...sekejap sangat tetiba Nadhif cam terkejut sikit lepas tu terus tak sedarkan diri...doktor suruh sayang dulu Nadhif sebelum kena keluar...sedih gila time nih, but kena buat2 strong demi anak.

Time nih belum makan apa-apa pun dah dekat kul 11am...suruh Firdaus dengan tok aki gi turun kafe makan...Bebe tunggu dekat katil Nadhif.....operation amik masa dalam sejam setengah....nurse call suruh masuk balik operation room....Nadhif dah selesai operate tapi belum sedar...time nih memang takut gila....Nadhif dah separuh nak sedar...meronta-ronta atas katil...dengan mulut muka penuh darah....tangan dia bekas cucuk jarum pun berdarah sebab dia tekan atas katil....baju penuh darah....doktor perempuan dengan nurse seorang pun tak larat nk handle...sebab dia dah la boleh tahan berat...nk terjun katil bagai....so bebe request tukar dengan Firdaus...sebab kat dalam operation room boleh seorang jer teman...Bebe pun cepat-cepat panggil Firdaus suruh masuk...lega sangat bila Firdaus ganti kat dalam tuh...memang Bebe tak tahan tengok darah, tengok keadaan Nadhif camtuh....rasa lembut lutut, nak pengsan pun ada..mana taknya perut pun kosong...sejam jugak ler Nadhif baru nak stabil....Alhamdullillah lega sangat time nih...bila tengok Firdaus dukung Nadhif keluar dari operation room ke wad.

~ Nadhif masih lemah time ni~

Alolo kesian anak mama...sedih...tengah sihat happy2 tetiba cam nih....tak per sekejap jer...bila tanya nurse Nadhif dah boleh minum? nurse cakap dah boleh....terus bancuhkan susu bagi Nadhif minum walaupun dia tengah tidur....mula-mula nak bagi minum tuh risau gak tengok mulut dia cam bengkak dengan ada kesan-kesan darah lagi....bila letak jer puting susu kat mulut terus dia hisap....tapi time nih cuak gak tetiba darah keluar banyak dari mulut dia....nasib Firdaus relaks jer tolong lapkan darah tuh, maybe darah yang berkumpul dalam mulut waktu operate tak keluar habis.

 

Nadhif tidur rasanya sampai kul 4 ptg...lama kot....naik risau pun ada....siap gerak2kan dia suruh bangun...Alhamdullillah bila dia buka mata tuh dah senyum...cuma dia cam tak selesa rasa mulut tuh kebas lagi....asyik pegang2 jer bibir tuh....serius Bebe tak berani nk tengok langsung dalam mulut tuh...sebab gigi atas buang semua lepas tuh doktor jahit....eeeee takutnya....gigi geraham doktor pasangkan crown...macam gigi besi tuh..crown tuh tak payah buang dia akan luruh sekali dengan gigi susu bila sampai masanya nanti....gigi bawah bahagian depan masih ada...buat semangat nak gigit benda nak makan....mmm, dah jadi budak kecik tak dak gigi ler Nadhif....kena makan benda lembut dan tak keras...kesian anak mama.

 

Bila Nadhif dah nampak cergas baru bawa dia gi toilet tukarkan baju dengan suruh buang air kecil...kalu tak buang air kecil tak boleh balik ok....doktor kena pantau lagi...selamat Nadhif ok, dah boleh minum dengan makan bubur, lepas tu dah buang air kecil....dalam pukul 5pm doktor datang check apa yang patut....lepas tuh baru boleh discharge....lega rasa bila dah selesai....doktor ada bekalkan ubat tahan sakit yang perlu makan setiap 4 jam...takut nanti lepas dah habis ubat Nadhif akan rasa sakit tempat kena jahit tuh.

Gigi yang kena cabut doktor letak dalam botol....banyak kot siap nampak tunggul gigi punya ler panjang....mmm, lupa pulak nak snap gambar buat kenang-kenangan....gigi tu sekarang nih dah selamat tanam dekat umah tok tokwan....hehe...jauh berjalan gigi tuh sampai ke Penang akhirnya..siap request suruh tanam tepi pokok mempelam :)

Lepas operate dua minggu jugak ler Nadhif ponteng sekolah...duduk dengan tok aki...risau gak gi sekolah nanti makan benda keras ke apa...buat berdarah balik gusi tuh...jenuh la nk kena refer hospital balik.....lepas nih next follow up bulan April pulak....jahitan akan luruh sendiri doktor cakap dalam 2 minggu....nih dah sebulan rasanya masih ada lagi benang tuh...mmm, sekarang nih muka Nadhif dah berubah sikit....nampak macam muka orang tak dak gigi...tak per lah kita tunggu gigi kekal tumbuh balik lepas nih baru handsome :)

~good boy mama~

Nurse dengan doktor puji Nadhif baik sangat....sebab dia tak menangis langsung...relaks and cool dari mula sampailah ke akhir operation...sangat mudah memberikan kerjasama.....petua jangan cerita langsung bab nk cabut gigi....cerita kat dia benda yang best-best....bagitau ler doktor tu nak check jer, nk sembang-sembang jer...kalau dah bagi tahu awal-awal mau meraung melompat satu hospital.....Alhamdullillah, Allah SWT permudahkan segala urusan pada hari tuh:)

 

Monday, March 2, 2015

Rumah Untuk Disewa Di Bertam Indah, Kepala Batas

Assalamualaikum,

Ada sesiapa yang nak cari rumah sewa area Bertam Indah, Kepala Batas, Penang?

Rumah sepupu ada kosong...baru jer penyewa keluar. Rumah nih fully furnished.

Harga untuk disewa : RM 800 
( Boleh dirunding, berminat boleh call tuan rumah yer : Zamzaiha 012-4841174 )


~ view depan rumah~

~ruang tamu~

~ruang dapur~

~ruang makan~

~bilik tidur utama~

~bilik ke-2~