Followers

Monday, July 25, 2011

Sagu Gula Melaka

Antara menu pencuci mulut yg paling digemari...mesti sentiasa ada dalam fridge...habis buat..habis buat...sebab nk buatnya mudah sgt..janji ada spare susu cair dgn gula merah.



Bahan-bahan :
1. Sagu ( selalu beli dalam RM1.50 )
2. Gula Melaka
3. Daun Pandan
4. Susu Cair
5. Pewarna ( ikut suka nk color apa )

Cara-caranya :
Sagu
  1. Basuh sagu dahulu sehingga bersih.
  2. Rendam sagu yang telah dibersihkan tadi dengan pewarna pilihan lebih kurang 15minit.
  3. Masak 5 cawan air sehingga mendidih dan masukkan sagu yang telah di rendam tadi.
  4. Kacau sagu sehingga biji-biji menjadi kembang dan bertukar  menjadi warna     jernih.
  5. Tutup api.
  6. Kemudian, tuangkan sagu yang telah di masak tadi ke dalam penapis dan lalukan    dgn air sejuk.
  7. Kacau sagu tersebut dengan air sejuk agar kanji2 keluar dari penapis...baru sagu tak liat.
  8. Akhir sekali, tos dan tuangkan sagu tersebut dalam bekas@acuan...kalu nk cantik    masukkan dalam acuan kecil2..kalau dah tak dak guna bekas besar pun boleh

Gula Melaka

1. Masak 2 cawan air sehingga mendidih bersama dengan sehelai daun pandan.
2. Kemudian masukkan gula melaka.
3. Setelah sebati tutup api dan siap.


Sagu nih kalu nak sedap, sebelum makan masukkan dalam fridge dulu bagi sejuk...
Bila nk makan sendukkan dalam mangkuk, kemudian tuangkan gula melaka sikit dan susu cair tin.
dah boleh makan..ummphhh sedap...:)

9 comments:

2a2i said...

mak ehhh bestnyer....nie juga merupakan menu kita bila disuruh buat utk jamuan hari raya....senang, mudah yang paling penting dia sedap tol tak?

bbreena81 said...

aarr sedap dan senang nk buat:)

Amy A. said...

ahh...da dkt 2 taun xbalik ni, nmpk ini pon rse sebak...:((

bbreena81 said...

xpe...dekat jepun pun boleh buat nih..senang je:)

ida khairani said...

yeah..nak cuba ni.. husband suka..

mela said...

cedapnya..cedapnya..semua barang dah ada di rumah..cuma nak cari sagu ja. Ambil menu ni ya..

bbreena81 said...

dah buat hantar mai sini sikit, hehe:)

MyRule said...

Nampak best...hehe

mela said...

alamak BB..lupa pulak nak antar..guna pos buleh tak ? memang sedap la...dah post kat blog pun..