Followers

Monday, July 4, 2011

Gigi Nadhif

Dah lama tak update tentang perkembangan nadhif....skrg nadhif dah masuk 8 mths....
Gigi pun dah 4 btg....2 btg bawah, 2 btg atas...gigi pertama nadhif tumbuh dlm 5 mths++...tumbuh gigi bawah dulu, serentak naik 2 btg...sebelum tuh mmg nadhif demam sampai 2 minggu, kejap baik kejap demam balik....time gi timbang utk 6 mths mmg berat dia tak naik langsung..maintain berat 5 mths...kesian nadhif gara-gara nk tumbuh gigi.

~cantik tak gigi saya?~

Gambar kat atas nih waktu dekat P.Pangkor, belum nampak lagi gigi atas Nadhif....skrg dah naik  lagi 2 btg gigi atas....tapi nengoknya cam gigi kapak ja..jgn ikut gigi mama dah la...

Bila anak pertama nih, mmg mcm2 la kita kena belajar..kena rujuk kepada yg pakar...

Nih sedikit sebanyak info tentang pertumbuhan gigi bayi yang di ambil dari majalah PAMA...

http://www.majalahpama.com.my/Bayi/artikel.asp?art=2009/1203/5627793411&sec=Topik

Gigi pertama si kecil
Melihat gigi pertama bayi merupakan saat yang menggembirakan. Namun untuk menjaga giginya itu perlu dilakukan sejak kecil lagi. Percaya atau tidak, itulah hakikat yang mesti anda akui bahawa  gigi mula terbentuk sejak bayi berusia beberapa bulan.
Kebanyakan bayi  mulai tumbuh gigi sekitar usia enam bulan. Malah ada juga sesetengah bayi mulai tumbuh gigi pada usia 4 bulan dan ada juga yang tumbuh gigi pertama selepas berumur 1 tahun. Manakala dalam sesetengah kes, ada bayi yang dilahirkan sudah mempunyai gigi. Ia dikenali sebagai gigi neonatal. Gigi ini telah tumbuh dan hadir dalam mulut bayi semasa bayi dilahirkan. Ia amat jarang berlaku. 

Reaksi
Apabila gigi susu tumbuh, jangan hairan jika anak anda menunjukkan perubahan sikap. Antara perubahan sikap atau reaksi yang biasa ialah :

Kegatalan gusi
Ini boleh dikurangkan dengan memberi teether atau tuala sejuk untuk digigit agar bayi lebih selesa.

Gusi sakit
Ini boleh dilihat dengan gusi kelihatan berwarna merah dan terasa panas. Bayi juga mungkin banyak merengek dan menangis kerana tidak selesa.

Demam
Ada juga bayi yang mungkin demam setiap kali tumbuh gigi. Ini boleh diatasi dengan memberikan bayi ubat tahan sakit seperti paracetamol. Namun pastikan dos yang diberi betul dan tidak melebihi had maksimum dalam sehari.

Kurang makan
Selera makan bayi juga akan kurang. Jika bayi tidak mahu makan, pastikan dia mendapat cukup cecair. Berikan lebih susu dan air.

Atasi masalah ketika tumbuh gigi
1.Cuba memberinya sesuatu yang keras untuk di kunyah, seperti kepingan keju atau lobak merah atau gegelang gigi pertama yang sejuk. Jangan tinggalkan anak anda seorang diri ketika dia sedang mengunyah bedan keras, dikhuatiri  jika ia tercekik.
2.Jika  gusi bayi merah dan bengkak, urut lembut dengan jari anda atau ketulan kecil ais (tapi awas, bayi boleh mendapat frost bite). Cuba gunakan sedikit gel theeting bebas gula.
3.Jika si manja kelihatan sakit ketika tumbuh gigi, cecair paracetamol boleh membantu. Berikan mengikut nasihat doktor. Jangan berikan aspirin untuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.
4.Dakap dan tenangkannya. Dukung dan bawanya berjalan-jalan atau bersiar-siar  dengan kereta.
5.Sekali sekala bawa dia mengunjungi doktor gigi. Doktor gigi akan memberikan nasihat yang betul bagaimana untuk menjaga gigi pertama. 

Penjagaan gigi dengan berus gigi yang lembut
Setelah gigi tumbuh, gigi perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Gunakan tuala basah yang lembut untuk membersihkan gigi. Terdapat juga berus gigi bayi yang lembut di pasaran. Bayi yang kecil tidak tahu meludah jadi penggunaan ubat gigi tidak perlu untuk bayi pada umur begini.

Masalah gigi

Menyentuh masalah pergigian yang serius boleh dialami oleh kanak-kanak ialah karies rampan (rampant caries). Keadaan ini adalah di mana gigi kanak-kanak menjadi reput dan hancur dan akhirnya tinggal tunggul-tunggul sahaja. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak sentiasa sakit gigi akibat infeksi dari gigi dan gusi. Ia diakibatkan oleh kehadiran gula dari susu, susu formula dan jus yang sentiasa bertakung dalam mulut bayi untuk masa yang lama.

3 comments:

maszull said...

slm ziarah...alahai cute nyer gigi Nadhif...:)

bbreena81 said...

salam mama mas...thanks sudi jenguk blog nih...mm, gigi bawah je yg kecik comel..gigi atas dah naik gigi kapak, besar2..:)

ida khairani said...

Assalamualaikum..

Mesti suka menggigit ni..

Kalau berminat nak menambah tenaga, boleh cuba vitamin Shaklee. Ada trial pek untuk yang menghadapi kekangan kewangan.

Rm80 trial set penyusuan/kesihatan
30biji b complex, 30biji vitalea(multivitamin), 30 biji Vitami C, 90 biji Alfalfa(penggalak susu)

Kebaikkan:
-memberi kesegaran
-menyokong kesihatan
-menguatkan daya imun badan
-mengawal keputihan, resdung
-menggalak pengeluaran susu

layari www.mysupervitamins.com untk maklumat lanjut.