Followers

Wednesday, April 23, 2014

Majlis Akikah Nufa Nadhira

Assalamualaikum,

Lama betul tak update blog nih...mood dengan semangat ada hari nih...jom citer pasal kenduri akikah si kecik Nufa Nadhira...sekarang dah 8 bulan ++....kesian, mama dia baru nak bercerita :)

Majlis Akikah_19 Oktober 2013

Waktu majlis nih umur Nufa dah nak masuk 3 bulan...Alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancar dan meriah sekali walaupun hujan. Venue majlis macam selalulah dekat rumah tok dgn tokwan Kg Gajah, Butterworth. Majlis ni sekalikan dengan bacaan yasin, tahlil dan berendoi.

Kambing yang nak diakikahkan ambil dekat Penaga, sama tempat waktu kambing akikah Nadhif dulu...tgk la bulu cantik dan gebu je..nih baka besar...anak perempuankan maka seekor jer la....kalau dua ekor mau parah gak budget sebab harga kambing pun dah melambung naik!

~ tengah berposing sebelum disembelih~

~berisinya kambing nih~

Beli kambing kat sini siap sekali pakej sembelih, lapah dgn potong kecil2 untuk masak...kambing ni disembelih ptg sblm majlis. Kena bawa balik simpan dalam ais dulu...esok pagi2 terus masak jer :)

 ~operasi bermula~


Citer kambing dah settle....citer my princess preparation pulak....macam nak kahwinkan anak jer sibuknya....hehe...anak perempuan best sikit sebab baju cantik2 boleh pakai gaun...bunga2 bagai...

~persalinan my princess, baju collection Mothercare~

Kali nih buaian berendoi tak buat sendiri macam Nadhif dulu-dulu......buaian sewa dari Puan Jiha 

 ~MyBaby Pimpom Buaian Berendoi~

 ~Nufa Nadhira tengah khusyuk tgk bunga2 dekat buaian~

 ~doorgift~ 
 
~bacaan yassin dan tahlil~ 

~line up~

~siap untuk dimakan~

~antara tetamu masjid yg hadir~

Untuk berendoi tempah khas dari team makcik2 area Telok Ayer Tawar...best sgt..cuma sayang tak der mikrofon....tetamu-tetamu kat luar tak dengar sangat.


~ time nak berendoi la Nufa angin nak susu~

~set renjis dari MyBaby Pimpom Buaian Berendoi~

~tok aki tgk cucu~

~upacara merenjis..sedap jer dia tidur dalam buaian tu~


Banyak sgt gambar kalu nk masukkan kat sini tak habis citer...hehe...citer Nufa jer kan...nih gambar abgnya Nadhif...yang sibuk melayan tetamu jugak.

 ~sibuk dgn handset jer kejanya~

Gambar mak pak pengantin mestilah kena selit jugak kan....nanti tak berseri....hehe...sama bolat :)

~rasa dah tua bila anak pun dah dua~

~ with my princess~

 ~sleeping bila dah letih melayan tetamu~

Habis dah citer hari bahagia Nufa Nadhira Mohammad Firdaus :)
Harap-harap lepas nih banyak lagi la citer boleh mama kongsikan kat sini.....masa ooo masa :)

 

1 comment:

Unknown said...

Very nic
http://www.urdukeeper.com/funny-sms